Monday, April 27, 2009

~"kAwaN+SahABAt"~

Manusia tidak boleh hidup bersendirian dan sentiasa mengharapkan orang lain. Oleh itu, manusia memerlukan teman untuk mengharungi kehidupan serta menghadapi cabaran suka duka di dunia ini.Itulah antara hikmah di sebalik penciptaan manusia pelbagai bangsa, agama serta latar belakang.Firman Allah yang bermaksud: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah al-Hujurat, ayat 13)Islam sebagai agama yang syumul lagi lengkap dalam semua aspek kehidupan manusia tidak ketinggalan menyentuh persoalan teman atau sahabat yang sewajarnya menjadi pilihan umat Islam.Apatah lagi pakar psikologi dan ulama tasauf sering menekankan teman mampu mempengaruhi perwatakan dan pembawaan diri temannya yang lain.Rasulullah SAW memberi peringatan kepada umatnya supaya berhati-hati memilih teman. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Seseorang itu menurut agama sahabatnya, oleh itu seseorang Muslim itu hendaklah berhati-hati dengan siapakah yang harus dia pilih sebagai sahabat." (Hadis riwayat Ahmad)Jelas daripada mafhum hadis itu, jika temannya itu orang yang baik dan salih, maka dia akan membantunya menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim di samping memelihara hak serta kewajipan dalam konteks persahabatan.Sebaliknya, jika temannya itu teman yang jahat, maka akibatnya sudah pasti dia berada dalam kancah kejahatan. Akhirnya, dia akan menyesal seperti kisah yang dirakamkan Allah mengenai orang yang tersilap memilih teman ketika di dunia.Firman Allah yang bermaksud: "Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata: Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama Rasul! Kecelakaan besarlah bagiku semoga (dulu) tidaklah aku menjadikan si polan itu teman akrabku. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku daripada al-Quran ketika al-Quran ini datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia." (Surah al-Furqan, ayat 28 - 29)Sehubungan itu, Islam meletakkan garis panduan untuk kita memilih teman yang salih dan sejati. Rasulullah SAW mengajar supaya memilih sahabat yang mendorong ke arah kebajikan dan amal salih. Ini kerana setiap kita mudah terpengaruh dengan sifat, agama dan peribadi temannya itu.Teman yang baik budi pekerti dan salih penting untuk merangsang kita berakhlak mulia sepertinya. Begitulah sebaliknya, teman yang jahat hanya akan mendorong ke arah kejahatan dan kemaksiatan yang dimurkai Allah.Ditinjau situasi masyarakat dewasa ini, dapat diperhatikan betapa anak muda tidak begitu mengambil endah akan hal memilih teman yang baik. Maka tidak hairanlah, ramai daripada kalangan muda mudi begitu mudah terjebak dalam kancah gejala sosial dan jenayah yang dilarang.Menurut kajian dijalankan, antara punca utama menyebabkan mereka mudah terjerumus ke kancah itu ialah pengaruh sahabat dan teman sebaya. Mereka dengan tidak segan silu bergurukan teman rapat berbanding ibu bapa.Akibatnya, berlakulah kes derhaka kepada kedua ibu bapa, rumah tangga bercerai-berai dan lari dari rumah. Sekarang tiada guna menuding jari meletakkan kesalahan kepada sesiapa kerana ia sudah pun berlaku dan paling penting ialah berusaha mengatasi kemelut yang meruncing daripada mengakari serta melarat dalam masyarakat.Islam menekankan pemantapan akhlak terpuji dan pengisian rohani dengan keimanan tulus kepada Allah dalam diri Muslim. Institusi keluarga adalah benteng pertama dan juga unit terpenting dalam satu-satu masyarakat yang melahirkan generasi terbilang untuk kepemimpinan Islam akan datang.Justeru, tanggungjawab sebenarnya digalas setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh anak sebagai insan yang salih dan bertakwa kepada Allah. Apalah gunanya kekayaan dan harta benda bertimbun sedangkan anaknya terbabit dalam gejala sosial yang hanya akan mendatangkan masalah serta ancaman kepada masyarakat dan negara.Selain itu, masyarakat juga sewajarnya peka dan prihatin terhadap anggota masyarakatnya terutama muda-mudi yang masih mentah dengan rentak kehidupan ini. Untuk itu, setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan memantau segala gerak geri muda- mudi dengan menggalakkan amalan bermanfaat serta mencegah amalan dilarang Allah.Ini adalah ciri masyarakat Islam yang baik seperti terungkap dalam firman Allah yang bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali-Imran, ayat 110)Teman sejati dijelaskan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: "Ibarat teman yang baik itu adalah seumpama seorang yang membawa haruman kasturi. Walaupun kamu tidak dapat memilikinya, namun kamu dapat juga menghidu bau harumnya dan bandingan teman yang jahat itu seperti seorang (tukang besi) yang menggunakan alat hembusannya. Biarpun kamu tidak terkena habuknya yang hitam, akan tetapi kamu terkena juga asapnya." (Hadis riwayat Abu Daud)Persahabatan dengan teman yang salih lagi bertakwa akan menjulang temannya itu ke mercu kemuliaan dan kesejahteraan, manakala persahabatan dengan teman yang jahat pula hanya membawanya ke lubuk kehinaan dan kecelakaan yang tiada penghujungnya.Sebagai renungan bersama, seorang ahli hikmah pernah menyatakan: "Sesiapa yang ingin bersahabat dengan lapan jenis manusia, maka akan bertambah lapan pula akibatnya. Pertama, sesiapa yang berkawan dengan orang kaya, maka akan bertambahlah cintanya kepada dunia.Kedua, sesiapa yang bersahabat dengan orang fakir miskin, maka akan bertambahlah rasa syukur dan reda dengan rezeki diperolehnya. Ketiga, sesiapa yang bertemankan pemimpin, maka akan bertambahlah kecongakan dan kesombongannya.Keempat, sesiapa yang bersahabat dengan wanita, maka akan bertambahlah kebodohan dan nafsu syahwatnya. Kelima, sesiapa yang bergaul dengan anak-anak atau kanak-kanak, maka akan bertambahlah sifat suka bermainnya dan membuang masa.Keenam, sesiapa yang bersahabat pula dengan orang fasik, maka akan bertambahlah keberaniannya untuk berbuat dosa dan menangguhkan taubat kepada Allah. Ketujuh, sesiapa yang suka bergaul dengan orang salih, maka akan bertambahlah keinginannya untuk taat kepada Allah. Akhirnya, sesiapa yang suka berkawan dengan ulama, maka akan bertambahlah ilmu dan sifat waraknya."

Thursday, April 16, 2009

~'aKAl'~

AKTIVITI berfikir selalunya dikaitkan dengan akal. Akal tidak saja membolehkan seseorang mengingat dan menaakul tetapi juga berfikir. Berfikir menghasilkan pemikiran.Pemikiran mencetuskan idea, gagasan, andaian, pendapat, analisis, hipotesis, dan teori. Tetapi upaya akal tidak segala-gala dan pancaindera juga memiliki upaya yang terbatas. Oleh itu pemikiran manusia mengenai sesuatu juga adalah terbatas.Keterbatasan itu menyebabkan upaya pemikiran manusia juga terbatas. Bagaimanapun, dalam keterbatasan akal juga manusia dapat berfikir dan pemikiran manusia terus berkembang menghasilkan ilmu dan kemajuan yang menakjubkan. Namun dalam al-Quran, Allah s.w.t. menyatakan dengan jelas bahawa Allah tidak pernah memberikan sebarang ilmu kepada manusia melainkan sedikit sahaja.Keterbatasan ilmu yang Allah berikan menyebabkan manusia terus melakukan pengamatan, pencarian, penyelidikan dan melakukan rumusan dan hipotesis supaya makna sesuatu yang dicari dapat ditemui jawapan dan jalan keluarnya. Ada teori yang bersifat sementara dan relevan pada waktu-waktu tertentu dan didapati tidak relevan pula pada masa yang kemudian. Manusia terus mencari, meneroka, mengkaji dan menyelidik bagi mendapatkan formula-formula baru bagi mengatasi masalah baru yang berbangkit.Akal manusia sebenarnya adalah wasilah atau alat, bukannya ghayyah atau matlamat. Sifat alat yang terbatas tetap selamanya terbatas. Ia akan membantu ke arah matlamat sekiranya pemikiran yang ada membantu akal untuk berkembang secara fitrah. Maklumat yang diterima, data yang diperoleh, fakta yang terkumpul memerlukan analisis supaya hikmah di sebalik kajian dan dapatan menemukan manusia dengan sesuatu yang lebih bermakna.Allah ciptakan sesuatu dalam alam ini. Semuanya terkandung hikmah atau rahsia Allah yang amat menakjubkan. Apabila sesuatu yang dikaji dihubungkan sebagai asas benda seadanya, ia tetap kekal sebagai benda. Tetapi akal yang didukung oleh pedoman nilai melihat benda sesuatu yang lebih daripada itu. Benda akan dikaitkan dengan Penciptanya dan benda akan dihubungkan dengan kebaikan dan kesejahteraan.Asas pemikiran sebegini memberikan akal pedoman terhadap sesuatu dan menyebabkan manusia sentiasa merasakan kekerdilan diri dalam memahami sesuatu dan kebesaran Allah dalam menciptakan sesuatu. Daripadanya lahir keimanan yang tinggi dan ketakwaan yang kental.Pemikiran yang Islami dan Qurani tidak menolak kepentingan akal. Islam dan al-Quran terkandung nilai-nilai pemikiran yang tidak saja menghubungkan akal dengan perkara-perkara yang nyata tetapi mempedomankan akal mengenai perkara yang tidak nyata atau ghaib.Faktor ghaibiyyat adalah faktor kejadian Allah. Faktor roh yang menjadi asas hidupnya manusia adalah sesuatu yang ghaib. Manusia yang hidup percaya bahawa dalam dirinya terdapat roh yang memberikannya hayat. Bukti kebesaran faktor yang ghaib itu dilihat daripada tanda-tanda gelagat dan kelakuan yang dimiliki manusia.Faktor alam lepas adalah faktor yang masih ghaib atau tidak ketahuan kepada manusia. Walaupun manusia mula sampai ke bulan, robot sampai ke Marikh dan ekspedisi lain cuba meneroka angkasa lepas namun maklumat yang diperoleh masih amat terbatas. Ada berbilion galaksi dan planet-planet yang masih menjadi misteri bagi manusia yang terus beredar secara teratur dan tertib sebagai tanda-tanda kebesaran Allah yang Maha Mengatur dan Maha Sempurna.Para remaja yang menggunakan otak kanan dan otak kiri untuk berfikir tidak hanya menggunakan fungsi otak kiri terhadap sesuatu yang berbentuk angka dan potensi menganalisis atau menggunakan otak kanan berfikir secara kreatif namun pedoman berfikir perlu ada. Sumber maklumat dan ilmu tidak hanya bergantung hasil daripada pengalaman manusia sepanjang sejarah hidup dan kreativitinya tetapi para remaja harus merujuk pedoman al-Quran sebagai sumber perkhabaran, maklumat dan petunjuk supaya pemikiran daripada akal terpedoman. Ia akan membimbing remaja menyuburkan keupayaan berfikir yang berasaskan nilai-nilai yang Rabbani iaitu menghubungkan pemikiran dengan Allah.Para remaja harus menginsafi pemikiran popular yang berkembang dewasa ini umumnya tidak berasaskan rujukan nilai-nilai Rabbani. Hasilnya lahir faham-faham yang menolak agama atau nilai-nilai keagamaan dalam pemikiran. Faham mengenai hak asasi, faham mengenai humanisme dan saintisme, faham mengenai feminisme dan gender, faham mengenai perubahan dan pembangunan lebih banyak memberi fokus kepada material ataupun benda atau yang menyentuh tentang aspek nafsu-nafsi yang merangsang gelagat seksual manusia.Remaja Islam harus mampu menggunakan akal sebagai asas untuk berfikir (ulul albab) ke arah kebaikan dan kesejahteraan. Berfikir secara logik, mantik, rasional dan saintifik tidak akan memberi makna apa-apa sekiranya tidak dipandu oleh nilai. Nilai Rabbani yang menjadi pedoman tentang hubungan remaja dan Allah akan sentiasa memimpin remaja tentang sesuatu yang bersifat mekanistik yang dipandu oleh nilai dan etika yang Islami dan memimpin remaja ke arah amanah sebagai khalifah dan taat sebagai hamba yang soleh.Mempelajari keterampilan berfikir, teknologi dan sains adalah sesuatu yang mekanistik. Ia tidaklah salah. Tetapi mekanisme yang tidak didukung oleh ilmu yang benar, nilai dan etika yang Islami menyebabkan nilai guna sesuatu tidak membimbing manusia ke arah kebaikan dan kesejahteraan yang sebenar.Menjadi seorang doktor yang tidak saja melakukan rawatan terhadap penyakit tetapi mengubati jiwa dan hati pesakit; seorang jurutera, tidak saja melakukan pembinaan terhadap bangunan dan jambatan tetapi melakukan pendekatan kejuruteraan sosial terhadap masyarakat dan sistem menyebabkan pemikiran saintifik dan teknologikal tidak hanya terdapat manfaat fizikal sekali gus manfaat bina insan.Pemikiran seperti inilah yang harus menjadi landasan penyuburan pemikiran remaja supaya para remaja tidak hanya terpaut dengan faedah berbanding yang terdapat dalam proses keilmuan dan teknologi Barat tetapi sekali gus berupaya melakukan pencernaan berasaskan acuan sendiri supaya faktor pemikiran yang berkembang sifatnya integratif dan mampu menghasilkan idea pemikiran yang tidak saja melihat faktor zahiri yang mekanistik tetapi faktor batini yang lebih fitrah.

Monday, April 6, 2009

~`HAri 1st Aku sTArT bUAt Blog`~



..Assallammualaikum salam sejahtera..

+hari ni En.irzali kate...kene buat blog pasal ilmiah..{diberi masa selama sebulan untuk "sukabubbleyum" menyiapkan blog nie}sebenarnye aku "blur" xtau nak wat tajuk aper..akal sedang bekerja keras untuk menghasilkan "tajuk" itu...

+pemikiran akal manusia+

kire ok x??hik3..da 2 tajuknye..+


"detail"

Sedikit mengenai diri ku"about me"

"sukabubbleyum" diberi nama aimi syazana bte mohd zaini,dilahirkan di muar johor,30.12.89 (20tahun) hari pertama aku dilahirkan ke bumi yang indah ini "sukabubbleyum" ibaratkan bumi seperti"bunga ros"wangi tetapi punya duri ..erRr...balik semula mengenai diri ku"about me",yaAa...aku suka bubbleyum perisa "" buat"sukabubbleyum" rasa "cool",gedik,dan nakal..dan macam2 lagi..,sekarang "sukabubbleyum" "study" kat politeknik sultan idris shah yang tercHinta D aSrama,EuRrMmm..rumah fmly d' "semenyih",keSukaAn ku SeMEsTINya "bubbleyum..", n aper yg ma n abah aku masak...dieyer org mmg best.."faham aku.." (to be continue..)